Selamat Ulang Tahun

16 april..
SELAMAT ULANG TAHUN.. dah setahun aq and hubby..
harapannya moga jodoh kami berpanjangan..sampai bila-bila..
semoga rezeki kami murah..semoga semua yang kami rancangkan akan menjadi kenyataan..
semoga kami sentiasa sabar untuk hadapi semua dugaan..
Pernahkah anda teruja menyukai seseorang??namun si dia tak nampak pun keikhlasan hati anda..tapi anda terus teruja walaupun anda tahu, mungkin segalanya tak memberi makna.. Pernah tak anda menitiskan airmata bila mendapat tahu si dia baru jak dapat kekasih baru??padahal and yang setia menunggu, dia tak pandang pun..pernah tak?
Mungkin cinta anda tak cukup ikhlas untuk dilihat..Mungkin cinta anda tak cukup kukuh untuk dipercayai..Mungkin cinta anda tak cukup garamnya..tak cukup perisa tambahan yang lainnya..tak cukup umph..
Cuba selidik diri anda..adakah anda tak cukup ikhlas??

-cuba senaraikan alasan kamu menyintainya..berapa banyak ek??let me see...anda menyintainya sebab dia n-sem?sebab dia popular?or sebab dia pandai bergaya?mm..memang nampak tak cukup ikhlas..Jika anda menyintainya, anda tak mampu memberi alasan kenapa anda teruja sangat tentang dia..cuba tanya hati anda..adakah hanya dia atau ada watak-watak sampingan yang lain??kalau ada,surrender lah..

-Bila anda mendapat tahu dia sudah ada kekasih baru, hati anda kecewa..tapi kalau benar cinta anda, anda tetap menyintainya walaupun anda tahu semua tu..walaupun hanya dari jauh dan dalam diam-diam..anda tetap senyum melihat dia bahagia bersama kekasih barunya..kegembiraan dia adalah kebahagiaan kepada anda dan anda tetap mengimpikannya..

-Anda tetap menerima dia apa adanya dia..walaupun dia cukup selekeh untuk jadi bahan gurauan kawan2, bagi anda dia tetap yang terhensem sekali..anda tak jemu melihatnya..tapi kalau anda cukup malu bila dia selekeh jak pegi kuliah, dan anda tumpang sekaki mengejek keselekehan dia bersama kawan2, tak da guna betul cinta anda tu..buang jak lah..

-Demi cinta, anda sanggup jadi orang tak tahu malu..cmna ek??anda sanggup tanya kawan2 dia tentang si dia..busy body betul.tapi anda tak kisah orang cakap pa..yang penting, anda tahu cerita dia setiap hari..that make you feel good.. -Anda sanggup buang kredit telefon untuk sms si dia walaupu anda tahu dia tak pena balas sms anda..tak pun, anda sanggup beli sim card baru untuk sms dia..walaupun dia tak pernah tahu itu kamu..

-Setiap detik menghampiri tarikh lahir si dia buat anda tak sabar..tepat jam 12 malam, anda wish untuk si dia..doakan yang baik2..sekurang-kurangnya anda sms dia untuk nyatakan keperihatinan anda..walaupun dia tak balas pun wish anda tu..anda tetap hepi..caya lah..

-fikiran anda tak penah melupakan setiap masa anda bersamanya..setiap kata-kata dari si dia..setiap perkara tentang dia..dan selalunya si dia sendiri tidak ingat pernah kata-kata yang pernah dia ucapkan..

-jika anda benar menyintainya, pasti namanya mengisi arkib inbox mesej anda..walaupun dah berkurun sms tu, anda tetap menyimpannya..itulah yang mengubat rindu anda..

-Dan bila tiba masanya dia sedar, anda tetap menyambutnya dengan tangan terbuka. Anda memang benar-benar menyintainya jika anda mempunyai ciri-ciri di atas..namun jangan sampai cinta ini menghancurkan anda..berhentilah dari memperjuangkan cinta anda jika anda sudah terlalu banyak berkorban..terlalu lama menanti..kata orang, satu pintu hati tetutup untuk anda, sepuluh pintu hati lain akan terbuka untuk menerima cinta anda..

wah..

anak kembar???eee...bestnya..
1. Sejarah keluarga
Apakah keluarga anda mempunyai sejarah kelahiran kembar??jika ada, ada harapan untuk anda mempunyai anak kembar... Jika ibu anda atau keturunan ibu ke atas memiliki sejarah kelahiran kembar, maka anda akan memiliki gen dengan kecenderungan hiperovulasi yaitu pelepasan sel telur secara berlebihan yang akan meningkatkan kemungkinan mengandung anak kembar.
2. Gemuk dan tambah berat badan
Penelitian terakhir yang dimuat dalam American College of Obstetrics and Gynecology menunjukkan hubungan yang erat antara kecenderungan kelahiran kembar dengan kenaikan berat badan. Penelitian tersebut menunjukkan bahawa ibu dengan BMI (Body Mass Index) lebih dari 30 akan mempunya peluang lebih mengandung anak kembar. Sekali lagi statistik ini hanya terjadi pada pasangan dengan sejarah kelahiran kembar. Peneliti juga mengungkapkan bahwa wanita dengan berat di atas rata-rata akan memiliki kecenderungan mengandung anak kembar.
3. Tunggu sampai usia lebih tua
Maksudnya adalah bahwa wanita yang berusia lebih tua akan memiliki kemungkinan lebih besar memiliki anak kembar dibanding wanita yang lebih muda. Hal ini akibat ovulasi yang makin cepat sesuai umur biologis yang bergerak makin cepat. 17 % ibu dengan usia di atas 45 tahun memiliki peluang mengandung anak kembar. Tunggu 5 tahun lagi maka peluangnya akan menjadi 1 banding 9. Tetapi bagaimanapun juga mengandung pada usia tua akan meningkatkan risiko termasuk risiko keguguran dan meningkatnya kadar gula selama kehamilan. Sebagai tambahan bayi akan lebih banyak kemungkinan mengalami kelainan kromosom.
4. Makin banyak kembar
Sekali anda mengandung kembar, maka pada kehamilan berikut anda akan memiliki kemungkinan mengandung bayi kembar lebih besar. Ibu bayi kembar akan memiliki kemungkinan empat kali lipat mengandung kembar pada kehamilan berikutnya dibanding yang belum pernah mengandung.
5. Diet: ubi dan susu
Perkara ini belum terbukti dalam bidang perubatan tetapi menurut kaum etnik Yoruba di Afrika Barat terbukti dengan kelahiran kembar tertinggi di seluruh dunia. Diketahui bahawa makanan jenis ubi-ubian seperti ubi dan kentang mengandung zat kimia yang mampu memicu terjadinya hiperovulasi. Sebagai tambahan bahwa penelitian tahun 2006 pada wanita yang mengeluarkan susu lebih banyak akan memiliki kemungkinan mengandung anak kembar.
6. Keluarga beranak ramai
Semakin ramai anak anda, semakin besar kemungkinan anda mengalami kehamilan kembar. oleh itu, jangan berhenti mencuba terus sampai berhasil, mungkin itu kata-kata yang lebih tepat.
7. Mengandung masa menyusukan bayi
Banyak yang beranggapan bahwa wanita tidak bisa hamil ketika masih dalam proses menyusukan bayi. Tetapi proses laktasi menjaga ibu tetap berovulasi dan mengalami menstruasi. Beberapa peneliti mendukung teori ini yang memeungkinkan kehamilan kembar meningkat saat masa menyusui.
8. Mengandung dengan mengambil pil
Mengambil pil untuk merancang kehamilan adalah sangat efektif (99.9%). Tetapi 0.01 % adalah kemungkinan kehamilan kembar. Beberapa kehamilan semasa mengambil pil terjadi kerana kurang konsisten dalam mengambil pil tersebut, hingga ketidakaturan tersebut akan memicu perilaku hormon yang berubah-ubah yang dapat mengakibatkan hiperovulasi.
9. berdoa dan pasrah
Banyak ibu bayi kembar yang mempunyai ciri2 di atas. oleh itu, berdoalah dan redha. Kembar identik (monozigot twin) adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka kan. tidak seorangpun mampu meramalkan bahwa sel telur akan memecahkan diri menjadi janin kembar.

hari ini..

Awak,
Hari ni awak nampak serabut
Semua orang kutuk
Tapi ada gak hati yang puji
Jadi you can always count on me Awak,
Hari ni awak senyum kat saya
Tapi saya buat-buat tak nampak
Padahal nak elak dari pengsan… Awak,
Hari ni awak datang kelas saya
Tapi Saya buat bodoh ajer
Padahal bumi ni rasa macam dah tak cukup graviti Awak,
Hari ni awak nampak comel
Semua orang puji
Tapi saya puji dalam hati
Padahal nak gak puji sekuat hati Awak,
Hari ni saya senyum kat awak
Tapi awak jalan depan saya
Jadik senyum pun tak guna Awak,
Hari ni awak tegur saya
Tapi saya buat-buat pekak
Padahal nak elak daripada tak boleh berhenti borak Awak,
Hari ni saya tegur awak
Tapi saya tegur awak dalam hati
Jadi awak tak penah dengar all the gud lucks and take care hari-hari Awak,
Hari ni kita duduk semeja
Tapi rasa cam jauh giler
Padahal tak sampai sedepa Awak,
Hari ni awak beratur belakang saya
Tapi saya tak tau nak cakap ape
Jadi saya blah macam tu aje Awak, Hari ni berubah situasi
Tapi Saya still kat sini
Padahal dah kosong tak berisi Awak,
Hari ni saya nampak awak dari McD
Tapi awak tak macam dulu lagi
Jadi saya terdiam sendiri Awak,
Hari ni saya dah janji..nak pergi
Tapi tak tau kenapa tak boleh pergi Awak,
Hari ni saya menyesal ada ego yang tinggi
Tapi dah takde harapan kat sini
Jadi nak tak nak terpaksa sendiri Awak,
Hari ni hari terakhir nampak awak
Tapi awak tak toleh siniAwak fokus kat tv Awak,
Hari ni saya tengok gambar kita senyum
Tapi gambar tinggal gambar
Nak buang sayang nak simpan sedih Awak,
Esok antara kita ada “balai berlepas”
Esok…tiada esok untuk saya
Esok juga…tiada esok untuk awak Awak,
Semoga satu hari nanti saya menginsafi diri
Tak nak ada ego tinggi lagi
Buat sakit hati Awak,
Sebelum pergi
Hari ni..kat sini
Saya janji
Semua ni untuk awak…
Sebab kenal awak anugerah terindah pernah saya miliki….Terima kasih awak….
pernah tak baca curahan perasaan ni?? hah...ni bukan saya yang tulis,..tapi adalah insan Allah ni..
tapi ceritanya sama lah cam saya..
hehe..
buat hubby sayang..

up