Sanggul Wanita.. Tegahan Darpipada Hadith Nabi S.A.W



Enggagement


Assalamualaikum..

Saja nak share buat semua..
InsyAllah..Bulan 11 ni dalm perancangan nak buat skit majlis..
Hopely will be ok saja..
So..
Dlm masa skrang ni, kena buat preparation la..
Nak buat list barang2..kena plan bjet..semuala..
So ni List2 yang da terconform kan..

For Me:
1)Cincin
2)Sirih Junjung
3)Telekung+Sejadah
4)Al-Quran
5)Kain untuk buat baju
6)Beg+Kasut
7)Buah
8)Kek
9)Coklat
Buat masa ni, yang item 7-9 memang wajib ada..hehe..untuk bagi budak2 n tetamu yang datang..
 For Him:
1)Tafsir
2)Sejadah
3)Songkok
4)Kain untuk baju
5)Kasut
6)Belt n Wallet
7)Kek
8)Buah
9)Coklat
mm..my sis cakap yang xleh buat angka yang sama..ehh..btul ke ni?
So terpaksala kena fikir mau add pa2 untuk cukupkan angkanya..
So far preparation is gud..ada la brg2 yang da bli..
Tapi tengah pning nak buat design camna..
Mmm..next time baru share gn semua yer...
Setakat ni jer..

-----------------------------------------------------------------------------------------
Ini adalah entry aq di blog yag 1 lagi..da blog tu xdapat buka, jadi aq copyla ke blog ni..Tu adalah perancangan aq awal tahun ni..Tapi bila ada dugaan besar datang melanda, aq sendiri da tak pasti samada rancangan ni akan diteruskan atau tak..oleh itu, aq tak simpan harapan.Just go with the floor..But a few month, rancangan ni nampaknya ingin diteruskan..InsyAllah..
Aq da buat preparation sikit..and hopely everything will be just fine..
Aq suka yang simple but nice..N of course blue is for him..
something that give inspiration........
Yang aq pening sekarang ni nak pilih kek atau cupcake?nak pilih coklat biasa or yang kena tempah?Nak buat mini pelamin or x?
kena tengok bajet la jugak ni..Nak jugak mini pelamin but tu last minutes la nak fikir kalau masih ada extra bajet..Yang penting setelkan semua dahulu..
*wish all be alright..Amin..

Yuna LAgi..hehek

Wahai janji setia sudah diucapkan
Aduh kata bersumpah telah ku padukan
Kini engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal daku seorang dalam sunyi sepi
Nun bulan ditutup awan
Terkenang hati bertambah rawan
Wahai jikalau ku tahu janji mu palsu
Tentu tidak ku turut sedari dahulu

Puas Ganti dan Fidyah..

Cara Ganti Puasa Ramadhan & Bayar Fidyah Puasa


Soalan :

Assalamualaikum ustaz,

saya menuntut di luar negara. saya telah mengqadha segala puasa saya yg saya tinggalkan dizaman remaja dulu. hampir 70 hari kesemuanya.

semua telah siap saya qadha. masalahnya ialah, saya tidak tahu cara membayar Fidyah. saya tahu cara mengira nya. cuma saya tidak tahu di mana harus saya bayar Fidyah tersebut sebelum masuk Ramadhan tak lama lagi.

adakah saya harus bayar di malaysia iaitu ditempat saya dibesarkan, atau saya boleh bayar sahaja di negara saya belajar sekarang?

tapi, jika saya bayar disini, harganya sangat mahal. bolehkah saya bayar di Malaysia dengan hanya mengirim wang kepada rakan dan membayarnya di mana2 pusat pungutan zakat di Malaysia?

tapi urusan nya agak rumit dari segi pemindahan wang, bolehkah saya membayar Fidyah tersebut dalam bentuk seolah2 saya bersedekah sahaja kepada pihak masjid dengan memasukkan duit zakat mengikut jumlah bayaran Malaysia?

saya confius la ustaz..

saya ada jumpa satu laman web yg menyediakan segala maklumat bank untuk kita bayar zakat. ianya berpangkalan di Sri Lanka. boleh kah saya bayar sahaja Fidyah tersebut kepada pusat zakat sri lanka tersebut? ianya mudah bagi saya, kerana saya tidak perlu menyusahkan sesiapa mewakili saya membayar Fidyah. saya hanya perlu transfer duit sahaja. jika boleh, kadar Fidyah yg mana satukah yg saha kena guna? adakah harga secupak beras Sri Lanka, atau secupak beras negeri Terengganu (kelahiran saya) atau secupak beras yg saya makan di tempat saya sekarang?


atau, paling senang, bolehkah ustaz tolong saya bayarkan Fidyah tersebut? saya boleh masukkan duit ke dalam akaun ustaz. saya segan untuk minta tolong ahli keluarga di malaysia.. saya tak nak lah mereka tahu yg saya 'ponteng' puasa.

harap ustaz boleh jelaskan.. terima kasih.
Jawapannya :

Puasa atau dalam istilah arabnya saum secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya. Firman Allah yang bermaksud :
“Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah : 183)
Orang Yang Dilarang Puasa

Wanita yang didatangi haid dan nifas. Diriwayatkan dari 'Aisyah ra. ia berkata :
“Disaat kami haidh di masa Rasulullah saw, kami dilarang puasa dan diperintahkan mengqadhanya, dan kami tidak diperintah mengqadha Shalat " ( H.R Bukhary Muslim)
Orang Yang Diberi Kelonggaran Tidak Berpuasa
  1. Orang yang musafir yang tiada tenaga dalam musafirnya oleh berbuka dan wajib ia ganti puasa tersebut.
  2. Orang yang uzur seperti orang tua yang tidak mempunyai kekuatan untuk berpuasa.
  3. Ibu yang menyusu anaknya, kalau di dapati ibu tersebut lemah disebabkan anaknya menyusu dan lemah disebabkan puasa, maka ibu tersebut boleh berbuka puasanya.
  4. Orang Islam yang pergi berperang dan berhadapan dengan musuh Islam, maka dibolehkan mereka berbuka untuk memberikan kekuatan kepada mereka melawan musuh Islam.
  5. Orang yang sakit dan dinasihatkan oleh doktor perubatan bahawa beliau tidak perlu puasa dan jika ia puasa sakitnya lebih teruk lagi.
  6. Wanita yang hamil dan dinasihatkan oleh doktor supaya tidak berpuasa, kerana dikuatiri dirinya menjadi lemah dan akan membahayakan kandungannya, maka wanita itu tidak wajib berpuasa.
Cara Menggantikan Puasa Ramadhan

Orang Islam yang diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa Ramadhannya, wajib digantikan kembali puasanya jika ia berkuasa dan sakitnya sembuh selepas puasa nanti. Orang yang musafir yang berbuka puasanya disebabkan tiada kuasa dalam perjalanannya, maka ia diwajibkan ganti semula puasanya selepas bulan Ramadhan.

Tahun pertama orang yang meninggalkan puasanya atau berbuka puasanya, maka ia diwajibkan ganti semula kesemua puasa yang ditinggalkannya. Tetapi bagi orang yang memang tidak mampu untuk berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa, jika ia puasa akan mendatangkan kemudharatan kepadanya. Maka ia tidak diwajibkan menggantikan puasanya dan ia diwajibkan Fidyah kepada orang miskin.
Cara Mengeluarkan Fidyah

Maksud Fidyah ialah satu cupak makanan asasi tempatan yang disedekahkan kepada fakir miskin mewakilli satu hari yang tertinggal puasa Ramadhan padanya. Makanan asasi masyarakat Malaysia adalah beras, maka wajib menyedekahkan secupak beras kepada fakir miskin bagi mewakili sehari puasa. Ukuran secupak beras secara lebih kurang sebanyak 670gram. Contohnya sipulan telah meninggalkan puasanya sebanyak 5 hari, maka dia wajib membayar Fidyahnya sebanyak 5 cupak beras kepada fakir miskin. Firman Allah yang bermaksud :
“(Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar Fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran Fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi Fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Al-Baqarah : 184)

Fidyah dikenakan kepada orang yang tidak mampu berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa lagi. Maka dengan itu Islam telah memberikan keringanan (rukshoh) kepada mereka yang tidak boleh berpuasa dengan cara membayar Fidyah iaitu memberikan secupak beras kepada orang fakir miskin. Begitu juga kepada orang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasanya sehingga menjelang puasa Ramadhan kembali (setahun), maka dengan itu mereka dikehendaki berpuasa dan juga wajib memberikan secupak beras kepada fakir miskin. Begitu juga pada tahun seterusnya. Fidyah akan naik setiap tahun selagi mana orang tersebut tidak menggantikan puasanya. Untuk semakkan atau perkiraan boleh klik di sini.

Fidyah tidak boleh digantikan dengan zakat, kerana zakat dan Fidyah adalah dua perkara yang berbeza. Zakat fitrah lain dan Fidyah juga lain. Jika anda terlalu sibuk dan tidak ada masa untuk membayar Fidyah, maka anda boleh wakilkan kepada orang yang dipercayai untuk membayar fidyah anda kepada fakir miskin.
Pengertian Fidyah

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat mengantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada suatu tahun sehingga tiba Ramadhan tahun berikutnya. Bayaran fidyah ini boleh diserahkan kepada orang fakir miskin atau di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri yang menyediakan khidmat bayaran denda fidyah. Hukum membayar fidyah adalah wajib.
Kadar Fidyah

1 hari dendanya 1 cupak beras
1 cupak = 1 mud
bersamaan dengan nilai zakat fitrah semasa dibahagikan 4

RM............./4 = RM.............
Fidyah Tanpa Gandaan

Tidak wajib qada puasa dan wajib bayar fidyah pada tahun tersebut. Contohnya orang yang tidak boleh puasa ialah seperti orang tua yang uzur yang tiada kemampuan untuk puasa, orang yang mempunyai penyakit yang tidak boleh berpuasa dan seumpamanya.
Pengiraan Fidyah Tanpa Gandaan

Seseorang itu meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya :

15 (Jumlah puasa yang ditinggalkan)
x 5 (Jumlah tahun yang tidak diganti puasa)
x RM 7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa)
x 1/4 = RM 140.63
Cara Pengiraan Mudah & Terperinci (Tanpa Gandaan)


Fidyah Dengan Gandaan

Wajib Qada puasa dan wajib bayar fidyah. Contohnya :
  1. Orang meninggalkan puasa kerana uzur syar’ie ataupun dengan sengaja.
  2. Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang takut akan kesihatan anaknya atau takut akan kesihatan dirinya dan janinnya.
Pengiraan Fidyah Dengan Gandaan

Seseorang meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya :

15 (Jumlah puasa ditinggalkan)
x 15 (Jumlah gandaan bagi 5 tahun)
x RM 7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa)
x 1/4 = RM 421.90
Cara Pengiraan Mudah & Terperinci (Dengan Gandaan)


Jadual Kiraan Gandaan Fidyah Puasa


Yuna..

a Few day ago, i have been listen a very sweet song..Title Gelora Jiwa..And then I search at Youtube..This song is sing by Yuna..



Yuna..she have a list of great song..Layannn..

Puasa..

Memandangkan bulan Ramadhan tak lama lagi menjengah, so aq kena la ganti puasa..Kalau tak silap, ada 10 ari nak kena ganti ni..adui-adui..Banyak jugak la..
Setakat ni, aq da puasa ganti 3 ari termasuk ari ni..Jadi ada 7 ari lagi la..Plan aq, 3 minggu last ni kena posa 3x seminggu..tapi besok tak dapat la posa bab kena kerja luar la..Takut penat..hehe

Bila posa ni, terfikir-fikir pulak makanan untuk berbuka..3x aq puasa sebelum ni, berbuka dengan megi..hehek..
ntalah napa membuak-buak pulak selera makan megi bila puasa ni..asyik-asyik megi..Ari ni, tak tau pulak nak makan pa..
My perut start merasa LAPAR..

So santapan jiwa dan nafsu, aq tengok jak la gambar-gambar makanan ni..Layannnn La Korang yer..
Wah..Telur mata lembu dan megi yang sedap..

MMM..SEDAPNYA MEGI NI..
Megi ayam campur telur..campur sayur lagi best..
teringin nak buat camni..n makan sekali ngap ja..hehe

da lama tak buat kek..

My FAVOURITE..hehe

BERSIH @ KOTOR......???????

No Komen..^_^..(Tapi nampak tak bersih sangat la..)

up