MAAFKAN AKU ANDAI TERLALU BEREMOSI..

Hari ini Hari lahir Mr. Love..Selamat Ulang Tahun..Tiada apa yang dapat aq berikan sebagai hadiah..Hanya doa semoga cepat sembuh sahaja..

Bukan tidak mampu untuk membelikan hadiah..
Tapi ada banyak perkara berkaitan 'duit' yang sedang bermain di minda ini..
Memang benar duit bukan segala-galanya..Tapi untuk mendapatkan segalanya yang kita perlu sangat-sangat memerlukan duit..
Aq punya waktu yang singkat untuk mengumpul duit..Bulan 11 itu tidak lama untuk sampai..tidur bangun,sekelip mata sahaja..Banyak benda yang perlu aq sediakan sebelum itu..
Untuk kelengkapan pertunangan..InsyAllah, perlahan-lahan lengkap juga semuanya..Tapi impian aq terlalu tinggi untuk menyediakan sebaik mungin semuanya..Yang terbaik itu selalunya bernilai tinggi..Itu pun aq kena fikir juga..untuk menyediakan yang terbaik walaupun bajet kurang..
Bukan setakat itu, aq perlu sediakan kelengkapan bilik ku..Sekarang bilik ku kosong..Hanya ada tilam dan bantal..Katil, almari dan beberapa benda untuk melengkapan bilik aq perlu cari..Bukan murah bajet untuk itu..Mahu-mahu juga sampai seribu..InsyAllah aq usahakan..Tak baik juga nanti bila orang datang ke bilik, kosong je pandangan mata..Itu cerita bilik..
Ini cerita bajet tunang dan wang pendahuluan..Oleh kerana buat masa ni aq yang kerja, so aq kena tanggung untuk tu.. Mungkin bajet tunang yang diminta rm500 keatas..Tengok jugaklah perbincangan pakcik-pakcik aq..Kalau tu, Mungkin aq buleh usahakan lagi..Wang pendahuluan pula, selalunya dalam rm1000. Bukan juga ditetapkan begitu, tapi lagi bagus begitu..Orang tua-tua ni, kadang-kadang pandangan dorang lain sikit..Itu, aq pun tak tahu camna,..InsyAllah, kalau ada rezeki lebih, aq usahakan juga..
Ini lah benda-benda yang bermain di fikiran aq sejak beberapa minggu ni..
Kadang-kadang, terasa berat sangat..Masa yang suntuk..benda-benda yang belum lengkap..

Bila da berhubung dengan Mr. Love, kadang-kadang aq jadi stress.Sebab?Aq sendiri tak tahu..Kadang-kadang buat emosi tak betul..

0 comments:

Post a Comment


up